Thursday, 23 October 2014

Anak-anak fokus jaya

Ini lah aktiviti anak2 fokus jaya selepas kelas.. sementara menunggu ibubapa ambil.. luangkan masa menghasilkan karya kreatif di papan putih pula.. hihi.. kami di fokus jaya akan merindui kamu semua.. kepada yang bercuti-cuti malaysia selamat bercuti.. kepada yang masih dan ingin menuntut ilmu di fokus jaya semasa cuti selamat mengisi lapang dengan berguna..
kepada anak-anak kami yang telah menghadapi UPSR.. kami mendoakan yang terbaik
yang SPM pula.. gudluck!! U can do it.. 





Ini la ashraff dan ziezan.. sudah ambil UPSR!! semoga berjaya dapat keputusan cemerlang!



Friday, 17 October 2014

Anak "lambat membaca/disleksia" Anak Autism

Kami di pusat Tuisyen Fokus Jaya dapat membantu ibubapa yang memerlukan kelas tambahan untuk anak mereka yang mengalami disleksia dan autism.

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahamam.

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkah laku terhad dan melakukan sesuatu perkara berulang-ulang. 

Anak Autism dan Disleksia memerlukan bantuan dan cara pembelajaran yang sesuai untuk membantu mereka dalam pendidikan di sekolah. Sememangnya pembelajaran untuk anak Autism dan Disleksia mengambil masa yang banyak dan tumpuan yang lebih untuk pembelajaran mereka.

Sekiranya anda memerlukan kami untuk melatih dan mendidik anak anda. boleh lah hubungi kami .

FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca

Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.

Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.

Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.


Ciri-ciri Autisme :  
 a)      Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
b)      Lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri – biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri
c)       Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan enggan melakukannya.
d)      Sangat sensitif pada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
e)      Menunjukkan minat yang pelik, seperti terhadap peta, peralatan elektronik dan sebagainya

Thursday, 16 October 2014

PROGRAM AMAL CUTI SEKOLAH

PROGRAM AMAL CUTI SEKOLAH AKAN DIMULAKAN PADA 20HB OKTOBER 2014

Program ini diadakan khas untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun . Ia adalah pendedahan awal 3M Dan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Harga yuran berpatutan dengan hanya RM45 sahaja

TEMPAT ADALAH TERHAD!!



SESI KELAS MALAM JUGA ADA IAITU DARI JAM 7-8.30PM SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS